Van Gaal nafi bersara

By
Updated: January 18, 2017

AMSTERDAM 18 Jan. – Bekas pengendali Manchester United dan Belanda, Louis van Gaal menafikan laporan akhbar Belanda yang menyatakan dia sudah bersara dari bidang kejurulatihan.

Dia memberitahu, keputusan mengenai masa depannya akan dibuat pada penghujung tahun ini.

Bekas pengurus berusia 65 tahun yang bebas daripada mengendalikan mana-mana kelab selepas dipecat United, Mei tahun lalu memberitahu stesen radio Sepanyol Cadena Ser bahawa dia menolak tawaran mengendalikan Valencia, bulan lalu.

Akhbar Belanda, De Telegraaf malaporkan, Van Gaal memutuskan untuk menamatkan karier kejurulatihannya selepas menantunya banyak mempengaruhinya dalam membuat keputusan.

“Saya belum bersara. Saya dalam tahun berehat dan selepas ini saya akan memutuskan sama ada akan bersara atau sebaliknya.

“Terdapat kemungkinan saya akan bersara tetapi perkara itu bukan satu kepastian.

“Di Belanda, media bebas melaporkan apa sahaja tetapi di Sepanyol, mereka lebih gemar mendengar untuk mendapatkan kepastian,” katanya.