Updated: January 18, 2017
LONDON 18 Jan. – Pertahanan Tottenham, Jan Vertoghen mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika membantu pasukannya menewaskan West Brom 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.
Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino memberitahu pemberita bahawa kecederaan yang dialami pemain Belgium itu agak serius.
Semalam pemain berusia 29 tahun itu mengeluarkan kenyataan di laman Twitter: “Agak kecewa kerana mengalami kecederaan tetapi saya akan segera pulih.”
Tottenham yang kini menggunakan formasi 3-5-2 dengan menggunakan khidmat seorang lagi bintang Belgium, Toby Alderweireld dan Eric Dier bersama Vertonghen.