Dua gol Nainggolan bantu Roma berpesta gol dan mara ke suku akhir

By
Updated: January 20, 2017

MILAN 20 Jan. – Dua gol jaringan bintang Belgium, Radja Nainggolan membantu Roma melangkah ke suku akhir Piala Itali untuk bertemu kelab divisyen dua, Cesena yang menewaskan Sampdoria 4-0, sebentar tadi.

Pesta gol Roma bermula pada minit ke-39 menerusi Nainggolan yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Sampdoria, Christian Puggioni.

Dua minit selepas babak kedua, giliran El Shaarawy mengumpan bola kepada Edin Dzeko untuk gol kedua Roma sebelum El Shaarawy meledak gol ketiga pada minit ke-61 sebelum Nainggolan melengkapkan kemenangan besar tuan rumah menerusi jaringannya pada babak terakhir perlawanan.

Pada Selasa lalu, Inter Milan terlebih dahulu menempah tiket ke suku akhir dengan gol kemenangan di awal masa tambahan untuk mengatasi Bologna 3-2.

Inter akan bertemu Lazio yang menewaskan Genoa 4-2.

Dalam aksi suku akhir lain yang akan berlangsung dua minggu lagi, Napoli berdepan FIorentina dan Juventus melayan kunjungan AC Milan. – AFP