Perlawanan tersebut dibayangi kecederaan pemain tengah Hull Ryan Mason yang retak di bahagian tengkorak selepas berlaga dengan kapten Gary Cahill pada separuh masa pertama sebelum dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Penyerang kontroversi Diego Costa menjaringkan gol sejurus sebelum separuh masa pertama selepas memanfaatkan hantaran daripada pemain tengah Chelsea, Victor Moses.

Chelsea terus menguasai permainan pada separuh masa kedua, bagaimanapun mereka terpaksa mengambil masa sehingga minit ke-81 untuk memperoleh jaringan kedua menerusi Cahill.

Kejayaan tersebut menyaksikan Costa menambah jumlah golnya kepada 15 jaringan dalam liga musim ini.