Skuad bimbingan Zidane tewas 2-1 kepada Celta pada suku akhir pertama di laman sendiri pada 19 Januari lalu.

Bagaimanapun, pertemuan esok menyaksikan Real diberi tamparan hebat apabila bakal beraksi tanpa kelibat Marcelo dan Luka Modric yang menyertai Gareth Bale, James Rodriguez, Dani Carvajal serta Pepe untuk diketepikan selepas mengalami kcederaan sewaktu menang 2-1 ke atas Malaga, Sabtu lalu.

Ronaldo juga bergelut kecederaan di bahagian kaki kanannya pada hujung minggu lalu, namun Zidane mengharapkan Pemain Terbaik Dunia itu dapat bersama Real dalam perlawanan seterusnya.

“Masalah tersebut telah menghantuinya sehingga sekarang, tetapi Cristiano baik-baik sahaja. Ini perlawanan kalah mati. Dia akan bersama kami esok,” kata Zidane.