Bekas pemain No. 1 dunia yang juga pemilik 14 gelaran Grand Slam itu mengakui, biarpun impian berkenaan mungkin kelihatan mustahil, namun dia berminat untuk menduduki kerusi tertinggi dalam gergasi bola sepak Sepanyol tersebut.

Walaupun bapa saudara Nadal, 30, Miguel Angel Nadal adalah bekas tonggak pertahanan Barcelona, namun pemain berusia 31 tahun itu amat meminat Real.

“Jika anda tanya saya apakah saya berminat (menjadi Presiden Real Madrid), sudah tentu saya mahu, mengapa tidak.

“Namun, ia mungkin impian yang agak mustahil,” kata Nadal kepada akhbar Sepanyol, El Mundo.

Real, juara Eropah 11 kali kini menerajui La Liga dengan kelebihan satu mata ke atas musuh tradisi, Barcelona. Selepas mengharungi 19 perlawanan, skuad bimbingan Zinedine Zidane itu mengumpul 46 mata.

Nadal, yang muncul naib juara Terbuka Australia bulan lalu memuji hasil kerja yang dilakukan oleh Presiden Real ketika ini, Florentino Perez.

“Kami berada pada kedudukan yang sangat baik.

“Kami memiliki presiden yang bagus ketika ini dan saya tidak fikir Real Madrid memerlukan saya, namun kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan.

“Ia bukan perkara yang boleh saya bangkitkan pada masa sekarang,” katanya lagi. – AGENSI