Pengendali Newcastle itu menjadi antara calon untuk mengisi kekosongan di Emirates dan dia berpeluang untuk kembali berada dalam saingan elit Liga Perdana Inggeris.

Benitez sebelum ini pernah mengendalikan Liverpool dan Chelsea selain pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara serta Liga Europa.

Kehadirannya secara tidak langsung mewujudkan persaingan empat penjuru, lapor akhbar The Mirror.

Sekiranya, Benitez dipilih mengisi jawatan itu, dia berminat untuk mendapatkan Thierry Henry sebagai kakitangan kejurulatihan pasukan.

Bagaimanapun dia bakal berdepan saingan pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel; pengurus Barcelona Luis Enrique and Leonardo Jardim dari Monaco.

Benitez merupakan watak popular di Newcastle musim ini dan sedang membantu pasukan itu untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris selepas tersingkir musim lalu.

Benitez berkemungkinan besar tidak akan melepaskan peluang untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris sekiranya ditawarkan kontrak itu.

Henry yang ketika ini bekerjasama dengan Roberto Martinez selaku penolong pengurus Belgium juga tidak akan menolak tawaran untuk kembali bersama kelab lamanya.