Menurut Khairy, beliau sebelum ini telah pun berjumpa dengan ahli-ahli gabungan FAM yang hendak beliau bertanding namun pendirian tersebut masih tidak berubah.

Khairy bagaimanapun memberitahu, beliau masih belum menetapkan sebarang keputusan kerana masih belum berjumpa Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

“Saya tidak tahu lagi, sebab tidak jumpa lagi Hamidin, tetapi akan jumpa juga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) di sini hari ini.

Calon-calon yang bakal merebut kerusi No. 1 FAM dijangka dapat diketahui hari ini apabila empat individu yang dicalonkan sepatutnya membuat pengesahan untuk bertanding.

Setakat ini hanya bekas Pre­siden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang telah mengesahkan diri.

Tunku Ismail , Khairy dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat setakat ini masing-masing belum membuat keputusan.