Norhafiz Zamani rela dikritik

By
Updated: February 15, 2017

KOTA BHARU 15 Feb. – Tonggak pertahanan Kelantan Norhafiz Zamani Misbah rela dikritik selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Piala FA malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, mereka telah beraksi dengan baik namun saingan yang diberikan Perdanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) biarpun pasukan itu hanya beraksi di Liga Perdana.

Katanya, dia sukar untuk melelapkan mata semalam selepas kalah pada perlawanan tersebut kerana telah menghancurkan harapan rakyat dan penyokong setia Kelantan.

“Kalau perkataan maaf tidak dapat melegakan kamu (penyokong) semua, maka kami rela dikritik selantang mahumu kerana sudah jelas sememangnya kami gagal.

“Namun bukanlah niat kami mahu begitu tapi hakikatnya kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.

“Bukan kami tidak cuba beraksi baik tetapi PKNP bukanlah calang calang pasukan. Mereka tersangat bagus walaupun beraksi diliga perdana,” katanya dalam laman sosial facebooknya di sini hari ini.

Kelantan tersingkir dari saingan itu apabila tumpas 4-3 kepada PKNP menerusi penentuan penalti selepas keputusan terikat 1-1.