Bekas bintang Manchester United itu membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma sebelum melencongkan bola menerjah jaring bagi gol kedua peribadinya 10 minit selepas babak kedua bersambung untuk meraikan hari lahir ke-29 dengan bergaya.

Pemain yang ditandatangani bulan lalu Julian Draxler turut menyumbat gol sementara Edinson Cavani yang juga menyambut hari jadinya ke-30 tidak ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-71 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya PSG.

Kekalahan Barcelona itu satu lagi kejutan selepas kali terakhir mereka tewas dengan jaringan besar dalam kancah saingan Eropah di tangan Bayern Munich 7-0 secara agregat pada separuh akhir 2013.

Sementara itu, pengendali Barcelona Luis Enrique mengakui harapan pasukannya dalam saingan berprestij itu sudah berakhir musim ini.

The Catalan kini di ambang penyingkiran pertama kali daripada suku akhir dalam tempoh satu dekad pertandingan elit itu, kecuali mereka mampu bangkit dalam aksi timbal balas di Camp Nou bulan depan.