Jurucakap, Gregorio Fernandes mengesahkan perkara tersebut apabila pengendali, Rogerio Micale dipecat setelah Brazil gagal mara ke kejohanan Piala Dunia Bawah 20 tahun.

Dalam sembilan perlawanan bagi benuar Amerika Selatan, Brazil mencatat tiga kemenangan, empat seri dan dua kali tewas sekali gus menamatkan saingan kumpulan di tempat kelima. Micale mula mengambil alih skuad itu pada Mei 2015.

Selepas Dunga disingkirkan daripada menjadi jurulatih pada Jun 2016, Micale mengambil alih skuad Olimpik Brazil. Kontrak Micale baharu sahaja dilanjutkan baru-baru ini sehingga Sukan Olimpik 2020.