Laman sukan Itali, Tuttomercatoweb mendakwa, pengendali berusia 47 tahun itu sudah menandatangani kontrak baharu sehingga 2020.

Kontrak asal pengendali Itali itu sewaktu menyertai Chelsea April lalu akan tamat pada 2019.

Selepas 25 perlawanan di dalam Liga Perdana Inggeris, Conte berjaya membawa Chelsea ke kedudukan teratas liga, lapan mata mengatasi Manchester City di tangga kedua.

Sejak memperkenalkan sistem 3-4-3 bermula Oktober lalu, Chelsea menang semua 23 perlawanan kecuali empat perlawanan dalam semua pertandingan.

Conte juga berpeluang merangkul dua trofi kejuaraan dalam musim pertamanya di England meskipun berdepan tugas sukar menentang Manchester United dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Wembley.