Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengenai perkara tersebut biarpun Mehmet telah mengendali sesi latihan skuad Perak, pagi tadi.

Isu mengenai penggantian jurulatih Jerman itu hangat diperkatakan selepas kekalahan 3-0 The Bos Gaurus kepada PKNS FC di Shah Alam, minggu lalu.

Pertukaran mengejut jurulatih skuad tersebut nyata mengejutkan banyak pihak terutama peminat selepas mereka masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.

Sementara itu, bekas jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau berkata: “Its time to go home….Sedih melihat ketua jurulatih Perak dan bekas jurulatih kebangsaan Karl Heinz Weigang meninggalkan tempat penginapannya.

“Saya pernah bermain dibawah tunjuk ajar coach Weigang pada Asian Games di Bangkok pada 1978. Inilah hidup jurulatih bolasepak…Hire & fire is part of the game. Have a good journey home sir.You will always be remembered.” katanya.