Wakil Gabungan Kelab Penyokong Bola Sepak Pulau Pinang, Mohd. Khir Md. Noor berkata, Guan Eng perlu campur tangan kerana ketika ini Presiden FAP, Zairil Khir Johari seolah-olah tidak tahu menjalankan tugas.

Katanya, penyokong tidak dapat menerima prestasi buruk pasukan itu apabila kalah lima kali berturut-turut dalam kempen Liga Super musim ini sehingga menduduki tempat tercorot.

 

“Pada masa sama, kami juga mendesak supaya ketua jurulatih, Ashley Westwood disingkirkan daripada membimbing pasukan kerana di bawah kendalian beliau, tiada keharmonian dalam pasukan,” katanya.

Terdahulu, mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan Kerajaan DAP Pulau Pinang, Zahar Zainul yang mewakili Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.