Leicester membuat keputusan itu selepas sembilan bulan Ranieri membantu kelab tersebut meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam sejarah Foxes.
Salah satu sebab kelab berkenaan memecat bekas pengurus warga Itali itu adalah kerana prestasi hambar Leicester musim ini yang menyaksikan kelab itu tersungkur satu tangga di atas zon penyingkiran.
“Semalam impian saya telah mati.
“Selepas menempuh keajaiban musim lalu dengan membantu kelab meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris, saya memasang impian untuk kekal bersama kelab yang saya sayangi ini namun malangnya ia tidak menjadi seperti apa diingini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada isteri saya Rosanna dan semua keluarga yang tidak pernah jemu memberikan sokongan sepanjang karier saya bersama Leicester,” kata Ranieri.