Tiga minggu lalu, PSG memberi amaran kepada semua pasukan Eropah dengan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Barcelona di Paris dan kini mereka berhasrat untuk melengkapkan kemenangan bergaya dalam aksi timbal balas di Nou Camp, Khamis ini.

The Catalan diyakini akan menampilkan aksi cemerlang minggu ini terutama selepas merekodkan kemenangan besar 6-1 dan 5-0 dalam dua perlawanan terakhir liga.

 “Kami akan menentang PSG bermati-matian dan kita akan lihat apa yang terjadi.

“Semangat serta keyakinan kami semakin bertambah dan saya semilat pasukan kami mampu menampilkan aksi cemerlang,” katanya.