Bayern yang akan berkunjung ke Stadium Emirates membawa bekalan selesa selepas menang 5-1 dalam aksi pertama di laman sendiri.

Bagaimanapun, pengendali Itali itu sedar kelebihan besar yang dimiliki skuad kendaliannya itu mampu hilang dalam sekelip mata seperti mana yang pernah dialaminya sebelum ini.

Ketika mengendalikan AC Milan, pasukannya mendahului 3-0 semasa babak pertama final Liga Juara-Juara menentang Liverpool dan akhirnya tewas menerusi sepakan penalti sewaktu beraksi di Istanbul.

Kekalahan epik itu hadir setahun selepas melihat Milan tewas 5-4 secara agregat kepada Deportivo La Coruna dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara selepas mendahului 4-1 dalam aksi pertama.

“Saya cuba untuk melupakannya tetapi saya tidak dibenarkan untuk melupakannya

“Inilah keindahan bola sepak, awak tidak akan tahu apa yang akan terjadi,” kata Ancelotti.