Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, rombakan barisan kejurulatihan merupakan usaha awal untuk memulihkan prestasi pasukan itu.
“Rombakan ini sebelum langkah-langkah seterusnya diambil semasa pembukaan ‘transfer window’ (pertukaran pemain) pada Mei nanti,” katanya.