Beliau dikatakan rebah dan terus pengsan ketika bersalaman dengan pemain pasukannya  di bilik persalinan.

Pasukan paramedik yang tiba di stadium kemudiannya memberikan rawatan awal  sebelum Wan Solihi dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

 Difahamkan Wan Solihi dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Terdahulu, PKNP FC mara ke suku akhir Piala FA setelah menang 5-4 ke atas Kuantan FA dalam perlawanan yang mendebarkan.