Presiden Kuantan FA, Zaliza Zulkipli ketika dihubungi berkata, Wan Solihi, 46, telah sedarkan diri sejurus tiba di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) di sini malam tadi, namun keadaannya masih lemah.
“Pihak hospital telah melakukan beberapa ujian termasuk tekanan jantung dan sebagainya, namun laporan penuh masih belum dikeluarkan.
Dalam kejadian malam tadi, Wan Solihi rebah secara tiba-tiba ketika berada di bilik persalinan pasukannya.
Pasukan paramedik yang tiba di stadium kemudiannya memberi rawatan awal ke atas Wan Solihi sebelum beliau dibawa ke HRPB dengan ambulans.
Pada perlawanan malam tadi, PKNP FC layak ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kuantan FA 5-4.