Dalam perlawanan itu, anak buah Zinedine Zidane terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-25 selepas penjaga golnya, Keylor Navas melakukan kesilapan mudah yang menghadiahkan gol pertama buat pasukan pelawat.

Namun, bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 disusuli gol kemenangan pada minit ke-81 menerusi tandukan Ramos.

Kemenangan itu menyaksikan Madrid kini menerajui tahta liga dengan mengumpulkan 62 mata dan pencabar terdekatnya, Barca di kedudukan kedua dengan 60 mata manakala Sevilla di tangga ketiga dengan 57 mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Leganes.