Dilaporkan Everton telah menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 23 tahun tersebut dengan gaji kira-kira 140,000 pound (RM 757,857) seminggu.
Hasrat Lukaku itu telah diluahkan pada hujung musim lalu lagi apabila mahu berpindah ke kelab lain namun berjaya dipujuk oleh pengurusan Everton untuk mengekalkan penjaring kedua terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lepas.
Everton kini menduduki tangga ketujuh liga, merekodkan prestasi cemerlang di bawah kendalian Ronald Koeman.
Bagimanapun, Lukaku berhasrat untuk berhijrah ke kelab lain kerana dia mahu beraksi di pentas Liga Juara-Juara.
Perkara itu dijelaskan ejen pemain tersebut, Mino Raiola berkata Lukaku sentiasa komited bersama Everton tetapi pada awal minggu ini, Lukaku mengesahkan dia tidak mahu memperbaharui kontraknya.
Musim lepas, Lukaku telah meledak 18 gol walaupun Everton menamatkan saingan liga di tempat ke-11.