Kecederaan itu juga berkemungkinan menyebabkan dia terpaksa melupakan satu lagi aksi antarabangsa menentang Lithuania.

Pengurus Three Lions, Gareth Southgate memberitahu, pertahanan Chelsea, Gary Cahill akan menggalas cabaran selaku kapten ketika menentang Jerman.

 Pada masa sama, pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling masih belum pasti akan disenaraikan selepas mengharungi jadual padat bersama City.

Jones yang membuat penampilan 20 kali bersama England terpaksa dihantar pulang bagi menjalani rawatan ekoran kecederaan kaki yang dialaminya.

“Kami tidak pasti dengan tahap kecederaannya tetapi perkara itu akan diketahui selepas ujian X-ray dilakukan.

“Kami akan membuat penilaian mengenai tahap kecergasan Sterling kerana dia baru sahaja mengharungi jadual yang sangat padat,” kata Southgate.