Rakan senegaranya, Arne Friedrich yang beraksi bersama kelab sama bagi sesi 2012-2013 memberitahu, Schweinsteiger akan menyertai kelab Major League Soccer itu selepas sering disisihkan Jose Mourinho dalam skuad Manchester United.

Friedrich berkata, pemain tengah itu akan memainkan peranan besar selain tahap kecergasannya akan teruji ekoran sering berdepan masalah kecederaan sejak beberapa musim.

 “Berbeza dengan Mayern Munich atau Manchester United, dia akan lebih banyak memainkan peranandi belakang tabir.

“Bagi saya tiada beza. Dia akan terbabit dalam membuat keputusan yang mungkin tidak membabitkan perlawanan.

“Dia boleh belajar banyak perkara akan membantunya apabila kariernya sudah berakhir.”