Annuar membuat keputusan tersebut kerana beliau mahu memberi penghormatan dan laluan kepada pencabarnya, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengemudi badan induk tersebut.

“Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan Tunku Ismail boleh menjadi aset yang penting kepada FAM. Sokongan dan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim (Sultan Iskandar) juga adalah satu penghormatan kepada bola sepak Malaysia.

“Justeru, Tunku Ismail perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji beliau.

“Bagi saya pula, saya pernah pada 16 November lalu menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Tunku Ismail mencadangkan beliau memegang sendiri jawatan Presiden. Waktu itu saya ada berjanji untuk mengikhtiarkan agar beliau menang tanpa bertanding. Hari ini saya tunaikan janji itu,” kata Annuar menerusi laman sosial Facebook.