Foto memaparkan Pochettino bertemu Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu di bandar Catalan minggu lalu mencetuskan spekulasi bahawa dia menjadi pilihan utama untuk menggantikan Luis Enrique, yang akan meninggalkan pasukan gergasi itu pada akhir musim ini.

Pilihan tersebut dikhabarkan berdasarkan pengalaman jurulatih kelahiran Argentina berusia 45 tahun itu, yang pernah membimbing musuh terdekat Barcelona iaitu Espanyol dengan lebih 200 perlawanan telah dikendalikannya.

Pochettino, yang mengetuai Spurs untuk menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris musim ini mendakwa, perbualan bersama Bartomeu tiada kaitan dengan jawatan di Barcelona dan jelasnya, dia tidak mahu mengkhianati pasukan lamanya di Sepanyol semata-mata berpindah ke Nou Camp.

“Memang betul ada satu pertemuan secara kebetulan di bar di Barcelona Selasa lepas. Saya kenal Josep sudah lama, sebelum beliau menjadi pengerusi di Barcelona lagi.

“Kebanyakannya, orang akan menyapa ‘hello’ dan hanya meluangkan masa sekitar lima minit berborak. Itu realiti. Saya penyokong Espanyol. Tidak perlu saya mengulas lebih lanjut.

“Jika (Pengerusi Tottenham) Daniel Levy memecat saya beberapa tahun dahulu dan saya bebas, sudah tentu saya akan mengendalikan Arsenal.

“Dalam bola sepak, sukar untuk anda setia dengan hati dan emosi anda, tetapi saya percaya sebelum menjadi pemgurus atau pemain, anda harus setia. Saya seorang peminat Espayol. Saya suka Espanyol,” jelasnya.

Ketika ditanya adakah jawapan tersebut memberi makna bahawa dia pasti tidak akan mengambil alih di Barcelona, Pochettino berkata: “Saya rasa jawapan saya adalah sangat jelas”.