Keputusan itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada pengendali The Gunners Arsene Wenger yang turut memuji kekuatan mental pasukannya kerana berjaya bangkit daripada terus mengalami kekalahan.

Sebelum ini, Arsenal mengalami kemerosotan prestasi setelah tewas kepada Hull City, Sutton United dan Lincoln City sejak akhir bulan Januari.

 Situasi itu menyebabkan peminat Arsenal menggesa kelab tersebut memecat Wenger.

“Kami bermula dengan sangat cemas, Kami enggan mengalami kekalahan lagi. Oleh itu kami terus berjuang hingga minit terakhir perlawanan.

“Ini adalah ujian mental untuk pemain, kami berdepan tekanan namun kekuatan mental pemain membantu kami meraih satu mata. Secara teknikal kami telah melakukan dengan baik,” jelas Wenger.

Dalam aksi itu, skuad kendalian Pep Guardiola dua kali mendahului menerusi jaringan Leroy Sane dan kemudian Sergio Aguero, namun Arsenal dua kali membalas menerusi gol Theo Walcott dan Shkodran Mustafi.

Kemenangan pastinya akan memberikan tonik terbaik buat Wenger, yang menerima kritikan teruk daripada penyokong Arsenal, namun selepas empat kekalahan dalam lima perlawanan, satu mata amat dialu-alukan.

Pasukannya kini tujuh mata di belakang City, yang menghuni tangga keempat.