Menyertai Barca pada tahun 2013 daripada Santos, Neymar turut dilanda kontroversi apabila didakwa melakukan penipuan dalam pembayaran cukai.
Dalam aksi awal pagi tadi, The Catalan melakar kemenangan 4-1 ke atas Granada meskipun turun tanpa pemain terbaik dunia, Lionel Messi sekali gus terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Real Madrid dengan ketinggalan dua mata.
Bagaimanapun Barca sepatutnya mampu menang dengan lebih besar sekiranya menggunakan ketepatan Messi di depan pintu gol selepas mensia-siakan banyak peluang di Nuevo Los Carmenes.
Jaringan di tunggu-tunggu Barca hadir seminit sebelum berakhir babak pertama menerusi jaringan Luis Suarez.
Bersambung babak kedua, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi pemain pinjaman dari Chelsea, Jeremie Boga namun pelawat kembali di depan 13 minit kemudian menerusi Paco Alcacer.
Keadaan tuan rumah menjadi lebih sukar apabila terpaksa bermain 10 pemain selepas Uche Agbo dilayangkan kad kuning kedua lapan minit sebelum permainan berakhir yang jelas dimanfaatkan Barca dengan meledak dua lagi gol menerusi Ivan Rakitic pada minit ke-83 dan Neymar melengkapkan kemenangan menerusi gol ke-100 bersama kelab gergasi Catalan itu pada penampilan ke-177 ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.
“Dia (Neymar) adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, sewaktu menandatangani kontrak bersama Barca…Dia membuat satu keputusan yang besar.
“Keputusan itu adalah tepat untuk dia dan sudah tentu bagi kelab juga.” kata Enrique.
Neymar juga telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun pada bulan Oktober tahun lepas untuk terus bermain di Camp Nou.