Dalam perlawanan itu, Benik Afobe terlebih dahulu meletakkan Bournemouth di depan ketika perlawanan baharu berlangsung tujuh minit.

Dia memperoleh gol tersebut setelah memanfaatkan kesilapan Georginio Wijnaldum yang melakukan tolakan lemah ke belakang sebelum memintas bola itu dan mudah melakukan tolakan menewaskan penjaga gol The Reds, Simon Mignolet.

Bagaimanapun, The Reds kembali bangkit dengan menjaringkan dua gol menerusi Philippe Coutinho pada minit ke-40 dan Divock Origi (m-59) untuk meletakkan skuad Jurgen Klopp mendahului 2-1.

Seakan berakhir perlawanan dengan tiga mata penuh bakal menjadi milik Liverpool namun jaringan King yang bijak memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gol Liverpool untuk menjaringkan gol penyamaan menghampakan The Reds.