Kemenangan itu diperolehi menerusi ledakan hatrik penyerang Madrid, Alvaro Morata dan satu gol daripada James Rodriguez sekali gus meletakkan skuad Los Blancos terus berada di puncak liga.

Gol tuan rumah pula dijaringkan oleh Gabriel dan Luciano Neves.

Real kini memimpin liga dengan mengumpulkan 71 mata manakala pencabar terdekatnya Barcelona yang turut melakar kemenangan besar 3-0 ke atas Sevilla berada di tangga kedua dengan hanya dipisahkan dua mata.