Pengendalinya, Zahasmi Ismail berkata, fokus itu penting bagi mengelakkan The Red Warriors (TRW) terus keciciran mata selepas tumbang kepada Pahang pada aksi Sabtu lalu.

Menurutnya, berdepan JDT bukan tugas mudah memandangkan pasukan berkenaan berada pada tahap terbaik selepas membelasah Melaka 7-0 baru-baru ini.

“Kita perlu waspada dengan acaman JDT. Jadi sebab itulah saya mahu barisan pemain TRW memberikan fokus sebaik mungkin pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Selepas mengharungi lapan perlawanan Kelantan kini menghuni tangga ke lapan dalam carta Liga Super dengan mengumpul 12 mata.