Sumber keselamatan yang enggan didedahkan, memberitahu bahawa tiada sebarang petanda yang menunjukkan insiden itu melibatkan pengganas.

“Tiada elemen keganasan,” kata sumber keselamatan Jerman itu.

Insiden letupan itu menyebabkan pertahanan Dortmund, Marc Bartra terpaksa menjalani pembedahan pergelangan tangan kanan selain perlawanan suku akhir pertama di antara Dortmund dan Monaco terpaksa ditangguhkan.