Pemain remaja Fulham yang menjadi antara tonggak utama bersama kelab itu dalam penampilan pertamanya bersama pasukan senior dan berpeluang untuk menandatangani kontrak profesional pada penghujung musim ini.
Sessegnon menjadi buruan beberapa kelab utama seperti Arsenal, Manchester City, Manchester United dan Tottenham.
Bagaimanapun, Liverpool menjadikan Sessegnon sebagai sasaran utama mereka bagi mengisi posisi pertahanan kiri dan percaya mampu mendapatkan khidmat pemain berusia 16 tahun itu, lapor akhbar Daily Mail.
Alberto Moreno dijangka meninggalkan The Reds pada musim panas ini selepas hanya menjadi pilihan kedua di posisi itu selepas James Milner.
Jurgen Klopp melihat Sessegnon sebagai penyelesaian jangka panjang untuk posisi pertahanan kiri dan memberitahu Liverpool untuk menjadikan pemain itu sebagai sasaran utama pada musim panas ini.
Bagaimanapun, Fulham berkemungkinan besar tidak akan melepaskan Sessegnon kerana The Cottagers masih lagi bersaing dalam aksi play off Liga Kejuaraan.