Akhbar The Evening Standard mendakwa The Gunners bersedia untuk menjadikan pemain berusia 28 tahun itu sebagai pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Tawaran itu dikemukakan bagi memastikan bintang Chile tidak berhijrah menyertai Chelsea, Manchester United atau Manchester City.

Buat masa sekarang, Paul Pogba merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi dengan gaji sebanyak 290,000 pound (RM1.59 juta) seminggu di Old Trafford.

Tetapi kini The Gunners sudah bersedia untuk menstruktur semula penggajian di dalam kelab itu bagi mengekalkan Sanchez.