BRUSSELS 14 April – Pengendali Manchester United, Jose Mourinho menyalahkan barisan serangan pasukannya selepas terikat 1-1 dengan Anderlecht dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.
The Red Devils mendominasi hampir keseluruhan permainan di Belgium namun jaringan lewat pasukan tuan rumah menyaksikan keputusan berakhir dengan seri.
Henrikh Mkhitaryan meletakkan United di hadapan terlebih dahulu namun Leander Dendoncker memastikan tuan rumah meraih satu gol menerusi jaringan pada minit ke-86.
“Kami tidak mematikan permainan. Kami ada peluang, mengawal keseluruhan permainan tetapi tidak menjaringkan gol.
“Banyak ruang untuk bermain dan menamatkan permainan, peluang sangat banyak tetapi keputusan tidak tepat sentuhan penyudah yang tumpul terutama dalam 30 minit terakhir.
“Pertahanan kami sangat baik tetapi hanya satu peluang, satu kesilapan, kami menerima padah,” katanya.