Pada aksi tersebut Leicester hanya sekadar meraih keputusan seri 1-1 menentang Atletico Madrid sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke saingan separuh akhir berikutan tewas dengan agregat 2-1.
Kata Shakespeare, objektif pasukan kini adalah untuk kembali bersaing pada kejohanan elit peringkat Eropah dalam masa sama memperbaiki kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris.
“Saya amat berharap selepas perlawanan ini kami memperoleh banyak manfaatkan untuk melakukan lebih baik lagi.
“Semua pemain kecewa dengan kekalahan namun mereka masih boleh berbangga kerana mencapai kemajuan sehingga ke tahap ini.
“Saya juga percaya semua pemain mahu beraksi di peringkat tertinggi dan Liga Juara-juara adalah peringkat tertinggi di Eropah, kini kami akan berusaha memenangi semula Liga Perdana Inggeris,” kata Shakespeare.
Pada aksi suku akhir kedua tersebut, gol awal perlawanan dijaringkan oleh pemain Atletico, Saul Niguez sewaktu minit ke-26 sebelum Jamie Vardy menyamakan kedudukan minit ke-61.
Ini juga adalah kali ketiga dalam empat musim Atletico berjaya melangkah ke saingan separuh akhir Liga Juara-juara.