Polis melambatkan perjalanan mereka sekitar 20 minit, menyebabkan sepak mula tertunda lima minit. Tuchel memberitahu, polis berbuat demikian bagi menjaga keselamatan, sementara UEFA berkata Dortmund lewat atas sebab kesesakan lalu lintas yang terus.

Langkah keselamatan itu dibuat seminggu selepas tiga letupan pada bas Dortmund sewaktu menuju ke perlawanan pertama di Jerman, dan kata Tuchel insiden tersebut telah menghantui mereka.

“Kami mahu bertolak pada 7:15 petang. Semua orang sudah bersedia dan berada di dalam bas, tetapi kami tidak dapat bertolak dalam 16 atau 17 minit.

“Polis bersama kami untuk mengiringi kami dan kami bertanyakan kepadanya mengapa kami tidak boleh bertolak…mereka hanya menjawab ‘atas sebab-sebab keselamatan’.

“Anda boleh bayangkan selepas lapan hari daripada insiden berdarah itu, perkara ini adalah yang paling teruk pernah berlaku,” Tuchel berkata selepas Dormund tersingkir dalam kejohanan berprestij di Eropah itu susulan tewas 3-6 menerusi agregat.

Tambah Tuchel, pasukannya membuat terlalu banyak kesilapan sewaktu kalah 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara hari ini menentang Monaco, dengan memberitahu BT Sport bahawa kelewatan itu telah menjejaskan tumpuan pasukan.