Ibrahimovic dilapor bakal menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas mengalami kecederaan ligamen lutut selepas menang 2-1 ke atas Anderlecht dalam saingan suku akhir Liga Europa, minggu lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu dijangka menyambung kontrak selama 12 bulan lagi di Old Trafford dengan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, Mourinho hanya mahu memberi fokus terhadap proses poemulihan pemain itu dan bukan masa depannya.

“Masa depannya adalah pembedahan, proses pemulihan yang panjang tetapi masa depannya bergantung kepada dirinya sendiri.

“Dia memiliki keazaman yang kuat, dia hanya akan berhenti apabila di mahu dan bukan mengikut kata orang lain, sudah pasti dia akan berjuang untuk dirinya,” kata pengendali Portugal itu.]