Terry akan meninggalkan Chelsea pada musim panas ini selepas 22 tahun beraksi di Stamford Bridge.
Pemain berusia 36 tahun itu beraksi buat kali ke-714 dan kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak November lalu ketika Chelsea menundukkan Southampton 4-2.
Terry yang pernah menjulang 14 trofi kejuaraan bersama Chelsea bakal menamatkan musim ini dengan beberapa trofi lagi selepas The Blues bakal beraksi di pentas final Piala FA menentang Arsenal.
Dia turut dikaitkan dengan beberapa kelab Liag Perdana Inggeris selain Major League Soccer dan kelab Asia Barat selain Liga Super China.
“Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk dia dan pasukan di China, termasuk kami.
“Perubahan terkini terhadap jumlah pemain asing yang boleh berada di padang menyebabkan kelab-kelab tidak mahu membawa masuk pemain pertahanan tetapi kini kita bercakap mengenai seseorang yang istimewa.
“China mungkin akan menjadi antara pilihan Terry pada masa hadapan tetapi ia keputusan sukar sama ada ingin kekal di England atau beraksi di luar.
“Saya berharap dia tidak akan beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris lain,” katanya.