Penjaring terbanyak United itu mengalami kecederaan di ligamen lutut ketika menentang Anderlecht dalam suku akhir yang berkesudahan Red Devils menang 2-1, bulan lalu dan Ibrahimovic perlu direhatkan sehingga tamat musim.

Pemain berusia 35 tahun itu yang bakal tamat kontraknya pada hujung musim ini telah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh (UPMC), Amerika Syarikat dan sudah memulakan sesi pemulihannya.

“Ibrahimovic selamat melakukan pembedahan lutut. Dia akan menjalani sesi pemulihan sepenuhnya dan tidak akan menamatkan kariernya dengan masalah kecederaan.

“Ibrahimovic memulakan pemulihan di UPMC dan akan berada di bawah jagaan Dr. Fu dan Dr. Musahl sepanjang tempoh tersebut,” kata Raiola.