Pemain antarabangsa Jerman itu menyambut hantaran Lucas Leiva dengan melakukan sepakan akrobatik dalam kawasan penalti untuk menumpaskan penjaga gol lawan, Heurelho Gomes di Stadium Vicarage Road pada waktu kecederaan separuh masa pertama.

Kemenangan itu memastikan Liverpool kekal di tangga ketiga liga dengan 69 mata, empat mata meninggalkan pasukan tangga kelima, Manchester United, sekali gus berada pada kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya tidak pernah menjaringkan gol seperti itu, mungkin saya pernah melakukannya ketika muda.

“Apa yang paling penting kami berjaya meraih tiga kerana sebelum perlawanan kami sedar apa yang akan berlaku dengan keputusan (dipintas United jika tewas).

“Saya melihat ada ruang dan saya berlari dari belakang. Saya tidak berfikir banyak, tidak pernah menjaringkan gol seperti itu. Saya gembira dapat membantu pasukan dan ia jaringan terbaik saya,” kata Can kepada Sky Sport.