“Saya mahu dia berada di sini bersama saya. Dia adalah Roma. Dia boleh mengajar saya apa iaitu Roma.
“Ada perjanjian. Ini adalah musim terakhirnya namun dia akan meneruskannya dengan pengurusan. Saya mahu Totti menerangkan kepada saya apa itu Roma, untuk membuatkan saya faham apa yang dia tahu.” kata Monchi ketika mendedahkan peranannya di kelab berkenaan sambil menambah kapten pasukan itu kekal bersama pasukan tetapi dalam barisan pengurusan.
Monchi dari Sepanyol dilantik dengan jawatan berkenaan susulan kejayaannya sebagai Pengarah Sukan bersama kelab La Liga, Sevilla yang memenangi tiga gelaran Liga Europa berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016.
Totti yang juga penyerang legenda Itali menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya di Roma dan menjadi pemain paling popular di kelab itu sejak menyertainya pada 1993.
Begitupun, hubungannya dengan jurulatih Luciano Spalletti tampak tidak begitu baik pada musim lalu.
Meskipun memberikan Totti kontrak lanjutan selama 12 bulan yang dibalas dengan beberapa gol, Roma berkata ini akan menjadi musim terakhirnya.
Ketika ditanya bagaimana perasaannya selepas pertemuan tetangga terakhirnya yang berakhir dengan kekalahan kepada Lazio, minggu lalu Totti berkata: “Orang melihat ini adalah perlawanan tetangga terakhir saya, namun saya tidak melihatnya seperti itu.”.
Dalam pada itu, Monchi mahu mengekalkan Spalletti di Roma yang ketika ini menduduki tangga kedua Serie A.