Danny Welbeck, Aaron Ramsey dan Alexis Sanchez kesemuanya hampir membuka jaringan, sebelum Granit Xhaka memecah kebuntuan pada minit ke-54 menerusi tendangan jarak jauh yang terkana badan Ander Herrera.

Welbeck kemudian menambah satu lagi gol untuk Arsenal selepas menanduk hantaran lintang oleh Alex Oxlade-Chamberlain dari kanan.

“Itu adalah gol yang anda mahukan daripada Danny. Gol yang cantik. Saya sangat gembira untuknya. Dia mempunyai banyak kebolehan yang diperlukan untuk seseorang penyerang. Diharap jaringan tersebut dapat memberikan dorongan kepadanya,” ujar Wenger.