Arsenal meraih kemenangan 2-0 ke atas Southampton, awal pagi tadi dan lebih manis jaringan awal Sanchez itu membolehkannya mengumpul 20 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan yang berlangsung di St. Mary’s menyaksikan Sanchez membuka jaringan pada minit ke-60 sebelum pemain gantian Giroud menambah jaringan menerusi tandukan sewaktu perlawanan berbaki tujuh minit.

Ketika ini Arsenal telah mengumpul 66 mata selepas 35 perlawanan untuk berada di tangga kelima dalam masa sama telah memintas Manchester United yang berada di tempat keenam ketinggalan satu mata daripada skuad bimbingan Arsene Wenger ketika ini.

Arsenal kini hanya dibezakan tiga mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga keempat dan tempat tersebut menjadi buruan kelayakan ke Liga Juara-juara.