Mahrez mengambil sepakan penalti dalam separuh masa kedua tetapi sepakannya dibatalkan, sebaliknya sepakan percuma diberikan kepada pasukan tuan rumah selepas pemain Algeria itu secara tidak sengaja melakukan dua sentuhan kepada bola sebelum ia menerjah gawang gol City.
Guardiola memuji pegawai perlawanan kerana dapat mengenal pasti kesilapan tersebut dan menggunakan undang-undang dengan betul.
“Tahniah. Ia merupakan kali pertama atau kedua saya melihatnya berlaku. Kami perlu sentiasa melihat keadaan buat kami,” jelas Guardiola.
Sementara itu, pengurus Leicester, Craig Shakespeare bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi berasakan sepakan penalti tersebut seharusnya dibenarkan untuk diambil semula.
“Bola telah disentuh dua kali tetapi pengadil perlawanan seharusnya membenarkan kami mengambilnya semula,” katanya.
Insiden itu bukan satu-satunya kontroversi yang tercetus dalam perlawanan itu, malah gol pembukaan City yang dijaringkan oleh David Silva juga seharusnya dibatalkan apabila Raheem Sterling dalam kdudukan offsaid.