Sebelum gol kemenangan Fabregas itu, Watford dilihat seakan mampu menjejaskan pesta pertabalan Chelsea apabila berjaya memberi tentangan hebat dengan bangkit tiga kali mengikat pasukan tuan rumah menerusi jaringan penyamaan Etienne Capoue, Daryl Janmaat dan Stefano Okaka untuk menafikan jaringan awal Chelsea menerusi John Terry, Cesar Azpilicueta dan Michy Batshuayi.

Namun Fabregas membuatkan Stamford Bridge kembali meriah dengan gol pada minit ke-88 untuk membolehkan Chelsea mencatat kemenangan ke-30 daripada 37 perlawanan yang telah dilalui. Mereka akan berdepan Sunderland pada aksi terakhir liga Ahad ini.