Menurutnya, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan setara dengan Pahang cukup dikenali memiliki ketajaman di barisan serangan selain kemahiran individu yang baik.
“Ini perlawanan akhir dan sudah tentu kami perlu tampil dengan kekuatan mental yang tinggi di sepanjang perlawanan itu nanti.
“Saya fikir perlawanan itu nanti akan dipenuhi pelbagai elemen kejutan di mana kedua-dua pasukan akan berusaha habis-habisan untuk menang. Tidak banyak yang saya fikirkan selain kemenangan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas memeriahkan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Peremba, di sini hari ini.