Bagi penyokong di sekitar daerah ini, mereka berkumpul di beberapa lokasi antaranya di Esplanade Kuantan dan pekarangan Stadium Darul Makmur untuk menaiki bas ke Shah Alam.
Mereka memilih bertolak awal bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada saat-saat akhir sebelum sepak mula final Piala FA dilakukan.
Sebanyak 72,000 tiket termasuk 2,000 tiket untuk kanak-kanak diperuntukkan untuk pentas final pertandingan berkenaan.