Jurulatih berusia 47 tahun kelahiran Itali itu, yang menamatkan saingan musim ini dengan tujuh mata di depan tempat kedua Tottenham Hotspur, akan mengepalai Chelsea menentang Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley, Sabtu ini.

Chelsea, 93 mata yang dipungutnya merupakan kedua tertinggi sejak Liga Perdana dimainkan pada 1992.

Malah, mereka turut menjadi pasukan Liga Perdana pertama yang berjaya melakar 30 kemenangan dalam satu musim.

“Saya rasa saya telah melalui pelbagai emosi yang luar biasa pada musim pertama saya di sini (England).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengundi saya. Saya sangat berbangga menerima anugerah ini. Saya harap saya berhak mendapatkannya.