Pengendali berusia 54 tahun itu menggantikan Sam Allardyce pada Julai lepas dan gagal menyelamatkan Sunderland apabila hanya meraih 16 mata musim ini sehingga terpelosok ke tangga tercorot liga.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada (pengurusi) Ellis Short dan ahli lembaga kerana memberikan peluang kepada saya untuk menguruskan Sunderland dan juga peminat yang sering memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kelab ini.
“Saya harap pemain dan pengganti saya dapat melaksanakan tugas dengan baik selepas ini dalam usaha menaiki kembali ke Liga Perdana,” ujar Moyes dalam satu kenyataan.